Pengalaman bersama cukupkan cerita kita,
Pengalaman melalui penderitaan dari kelembutan yang di rasa,
Apabila mengingati, berkatalah tentang kita,
Apabila diingati, berceritalah tentang kata- kata kita.
“SaraBah” .. pelik bukan? Tapi unik.. setuju tidak? Setelah kumpulan kami bersama sejak PPISMP sehingga ke hari ini, “SaraBah” adalah gelaran kelas yang telah kami sepakati. Ingin tahu mengapa? Sudi-sudikanlah para pembaca melowongkan masa bagi membaca ruangan ini sehingga ke akhirnya.
Bagaimana frasa “SaraBah” tercetus? Mungkin semua
pembaca tertanya-tanya bukan? Artikel ini akan merungkai persoalan yang bermain di minda para pembaca.
Berpusatkan negeri Sarawak dan negeri Sabah, “SaraBah” akhirnya tercetus. Persoalannya, kenapa Sarawak dan Sabah? Untuk pengetahuan para pembaca, dua negeri yang dinyatakan adalah negeri asal bagi ahli kumpulan PISMP BM Januari 2011 ini. Tujuh orang daripada dua puluh satu ahli kursus berasal dari Sarawak manakala empat belas yang lainnya berasal dari Sabah. Walaupun seorang dari ahli kursus berasal dari Kedah namun beliau telah lama menetap di Sarawak.
Oleh sebab itu, kami telah menggunakan kelebihan ini untuk membina frasa “SaraBah”. Namun, nun jauh di sudut hati kami (tidak berniat) untuk menyingkirkan atau memulaukan pelajar bukan Sabah dan Sarawak. Bak kata pepatah, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’.
Bukan itu sahaja, ‘Bah’ dalam perkataan “SaraBah” juga turut membawa maksudnya yang tersendiri dan mudah untuk difahami. Bukan ‘Bah’ bermaksud banjir yang sering digempar-gempurkan di media elektronik ya… namun frasa ‘Bah’ yang dimaksudkan ini adalah membawa maksud ‘boleh’. Tuntasnya dapat disimpulkan bahawa, ‘boleh’ bermaksud kami boleh melakukan dan akan melakukan apa yang dikehendaki. Begitulah tafsiran ‘Bah’untuk kelas kami. Pembaca ingin dengarkan ungkapan "Bah" sering diungkap, masuklah ke kelas kami. Pendengaran anda akan dihujani dengan ungkapan "Bah".

No comments:
Post a Comment